Book Review : Miss Peregrine's Home For Peculiar Children, Hollow City and Library of Souls


Hello.
This is like a feedback or spoilers or whatever. So I may or I may not tell the story in this post lol.

The story starts like this.....

Satu hari ni, saya dapat "greenlight" dari beliau saya untuk beli novel. Well, my mom knows that when I buy novels, I don't joke around. I must buy 5-10 books per visit to the bookstore HAHA #I'mSorryMomForBeingSelfish.

So, kami pergi ke kedai buku tanpa perancangan awal, tiba-tiba mummy saya mau pergi kedai buku, mood-mood novel katanya. For me, sebelum pergi kedai buku (satu hari sebelum hari kejadian), saya mesti survey dulu buku-buku yang menarik perhatian saya di web, especially Instragram. So, apabila sampai di kedai buku nanti, saya tak perlu lagi berdiri berjam-jam membaca sinopsis. 

Di sebabkan pergi ke kedai buku tanpa perancangan, so saya buatlah habit saya yang dulu, Judging A Book By It's Cover hahaha. Pertama sekali saya cari buku-buku yang saya sudah lama save di list Books-to-buy. 

Dan saya pergi satu section ni di mana buku-buku yang banyak di jual bulan tersebut dipamerkan, so saya ternampak this book... 


Mula-mula, saya baca sinopsisnya. Seriously talk, saya langsung tidak faham sinopsis nya. Too general. Saya macam tidak mau beli sudah. Lepas tu saya ternampak this book...


This is the second book: Hollow City.

Saya ni suka cerita yang panjang-panjang. plus cover nya sangat sangat menarik. so saya pun belilahhh. 

First-first baca, saya tertarik dengan gambar-gambar yang ada di dalam buku tersebut. So saya pun macam ternanti-nanti gambar seterusnya tapi tidak mau spoil, so saya kena baca juga keseluruhan novel supaya boleh tengok semua gambar di dalam. But kalau kita betul-betul mendalami novel ni, memang gerenti suka punya! Ni novel sesuai untuk orang-orang yang minat fantasy, adventure, romance pun ada juga sikit-sikit. Saya suggest kalau orang yang imaginasi tinggi, memang patut baca novel ni.

#KasihSpoilerSikit:
Semasa si Jacob masih kanak-kanak, datuknya Abraham Portman selalu bercerita dengannya tentang zaman dia masih muda. Abraham ni dulu tinggal di rumah anak yatim piatu masa zaman World War II. Dia bercerita tentang kawan-kawannya. Contohnya, kawan-kawan Abraham dulu ada yang invisible boy, fire making girl, levitating girl, strong brother and sister that can lift big rocks, a boy that have so many bees in his stomach that everytime he open his mouth bees comes out, a girl that have two mouth (front normal mouth and back monstrous mouth). So, awalnya masa si Jacob ni kanak-kanak, dia percaya cerita-cerita datuknya. Tapi semakin meningkat dewasa, dia pikir datuknya ni reka-reka cerita, berimaginasi or whatsoever.

Semasa si Jacob berumur 15 tahun, (time-time kerja di drugstore ibunya) datuknya call. Katanya dia perlukan kunci storenya dimana dia simpan segala senapang-senapangnya. Untuk pengetahuan, ayah si Jacob ni simpan kunci store tu sebab takut datuknya ni salah guna. Mereka cakap datuknya ni ada dementia. Bila Jacob call ayahnya, ayahnya suruh dia lawat datuknya di rumah tengok keadaannya sekejap. Tapi si Jacob lambat-lambat lagi sikit, sampai saja di rumah datuknya dia tidak jumpa datuknya di rumah, bila dia cari di hutan-hutan or semak samun di belakang rumah datuknya, dia ternampak datuknya terbaring, berdarah dan dalam keadaan parah. Di tangan datuknya ada butter knife. Apabila si Jacob berlari untuk dapatkan datuknya, dia ternampak satu figure, monster figure depan datuknya, monster yang bunuh datuknya. dari mulut monster tu macam ada kaki-kaki sotong gitu hahaha. Tapi kawan si Jacob kata dia tidak nampak pun monster tu. Lepas tu monster tu lesap. Dia cuba angkat datuknya, tapi datuknya sudah nyawa-nyawa ikan gitu so kata-kata terakhir datuknya "Find her" lah begitu-begitu. 

Tiada siapa pun percaya cakap si Jacob apabila dia cakap yang datuknya di bunuh oleh monster. Ibu bapanya hantar dia jumpa psychiatrist (Dr.Golan). Bincang punya bincang, psychiatrist tu suggest si Jacob pergi tempat datuknya membesar, pergi ke tempat yang datuknya suruh, di Cairnholm. 

Di Cairnholm, Jacob cari-cari lah rumah anak yatim yang datuknya membesar. Dia tanya-tanya orang kampung disitu tapi tiada siapa yang berani pergi, so akhirnya dia pergi rumah anak yatim yang jauh dari kampung tu, dalam-dalam hutan yang berlumpur. Masa dia sampai di rumah tu, rumah tu sangat buruk. Hancur akibat pengebom masa World War II. Tapi dia dapat juga masuk dalam rumah tu tengok-tengok bilik disitu. Dan.. dia terjumpa gambar-gambar lama sama seperti gambar yang datuknya tunjukkan masa dia kanak-kanak dan cerita-cerita datuknya. Masa dia pergi basement, dia ternampak jar-jar yang ada jantung, otak, dan tiba-tiba dia terdengar ada orang-orang bercakap di atas. Dan dia ternampak kanak-kanak. Salah satu daripada mereka ada api di tangan, ganti torchlight lah. Kanak-kanak tu lari selepas nampak si Jacob tapi si Jacob kejar juga. Dan akhirnya dia dapat berjumpa dengan Emma Bloom, firestarter girl (yang ada api di tangan) dan Millard Nullings, invisible boy. Mereka ajak Jacob masuk dalam "loop" dan lepas saja Jacob lalu loop tu, rumah anak yatim tu jadi cantik, tiada kesan-kesan bom, dan dia tengok kalender "3 September 1940". Emma beritahu hanya kanak-kanak peculiar saja yang boleh masuk ke dalam loop. 

Ok itu sahaja spoiler. Kalau mau tau sambungan, beli sendiri novelnya hahahaha.

Dan ini novel ketiga, which is masa saya di kedai buku dia sold out jadi habis saja saya baca Book 2 - Hollow City, saya terus order online (well saya tinggal di Tawau, tiada kedai-kedai buku yang besar seperti Popular, Times, Kinokuniya gitu). 


And this is the third book : Library of Souls.

Memang sangat puas hati lah ceritanya. 

dan September 2016 nanti, novel Miss Perergrine's Home For Peculiar Children akan ditayangkan di cinema. yeyyy!!

For me, disebabkan saya minat buku-buku yang fantasy, adventure dan membuatkan kita berimaginasi ni, saya bagi rating 9.99999/10. hahaha tidak boleh juga bagi rating penuh sebab ada juga part yang buat saya tertanya-tanya. 

Okaylah sampai disini saja. Siapa-siapa yang akan beli/baca novel ini, enjoy! 





Thanks for dropping by c:

No comments: